Taklimat MyTV Bersama Ketua-ketua Wanita Demak Laut

20 November 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas Microsoft Word telah berlangsung pada 19 November 2019 iaitu pada hari Jumaat. Seramai 11 orang pelajar telah mengikuti kelas ini. Kelas Microsoft Word ini dijalankan bertujuan untuk mengajar mereka menggunkan Microsoft word untuk membuat kerja sekolah yang akan diberikan oleh guru mereka. Mereka telah diajar cara menggunakan Microsoft Word dan juga penggunaan Internet dalam mencari maklumat untuk menyiapkan kerja kursus yang telah diberikan oleh pihak sekolah. Selain itu juga, pelajar-pelajar tersebut juga didedahkan dengan program Klik Dengan Bijak supaya mereka tidak menyalahgunakan kemudahan seperti Internet yang disediakan oleh pihak Pusat Internet Taman Sepakat Jaya.

Kelas ini telah berlangsung di Bilik Latihan, Pusat Internet Taman Sepakat Jaya selama 3 jam bermula dari pukul 2 petang sehingga 5 petang. Pelajar-pelajar tersebut telah berjaya menyiapkan kerja kursus mereka setelah mendapat tunjuk ajar dari Petugas Pusat Internet Taman Sepakat Jaya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali